Archive for the ‘ibnu Qayyim’ Category

Pagi2 lagi aku sudah bising… aku tau mak kurang selesa dengar aku berfalsafah.. kerana biasanya ia akan dimulakan dengan statement yang agak kontroversi….. tp sebenarnya tidak ada apa2….walaupun mak kurang selesa tp aku berdegil dan trus bercakap…

“Mak… bagi abi.. tiap perbuatan kita tidak terlepas dari 2 persoalan.. kenapa dan bagaimana…” ketika itu mak sedang menjemur baju.. jadi, aku selitkan sedikit contoh terdekat…. “kenapa mak jemur baju, dan bagaimana mak jemur baju?, perbuatan yang seremeh itu pun mesti diiringi dengan dua soalan tersebut..” mak tidak setuju dengan apa yang aku ckp kan… mak kata..” kalau kau asik fikir je tiap kali kau nak buat sesuatu mesti apa kerja pun kau x akan lakkukan”… tanpa pedulikan argument mak… aku trus berfalsafah… “soalan pertama tu membuahkan persoalan lain iaitu = adakah kita melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah atau hanya sekadar mempunyai harapan lain dan sekadar nafsu saja?”.. aku tahu contoh yang aku berikan itu langsung tidak ada kena mengena dengan tajuk yg ingin aku ckpkan… itu hanya teknik menarik perhatian mak saja… 🙂 …. “soalan kedua mempunyai natijah = adakah perbuatan yang kita lakukan tu adalah berdasarkan alquran dan sunnah atau pun sebaliknnya”.. mak mula diam dan dengar tanda setuju .. sambil aku berckp aku beri makan ikan di kolam… ikan tu berebut nk makan.. yang besar sering memakan semua nya…dan.. aku sambung lagi “persoalan2 tu sangat bersangkut paut dengan hadis Nabi s.a.w berkenaan dengan IKHLAS dan ITTIBA. yang mana ia adalah sangat penting dalam setiap perbuatan seseorang…” ketika aku sebut mengenai ikhlas dan ittiba.. aku teringatkan ayat al-quran yang meneranggkan tentangg hal tersebut.. oleh kerana tidak menghafal… jadi aku masuk ke bilik membelek buku ibnu Qayyim ‘Pelindung Hati dari buruan syaitan’…. didalam buku tersebut menyebut ayat alquran surah Al-Hujurat ayat 1 =
“Wahai orang- orang yang beriman, janganlah kamu mendahului (untuk menetapkan sesuatu hukum dengan perkattan dan perbuatan) sebelum (datang keputusan) Allah dan rasulNya akan hal tersebut”….

Mak sangat bersetuju dengan apa yang aku ckpkan… tapi mak masih lagi ingin berbalah berkenaan jemur baju… aku ketawa kecil melihat celoteh emak… :)… mak kata “cara mak berfikir simple… mak nak jemur baju.. mak jemur… mak x fikir pun dengan cara fikiran kau yang complex ‘kenapa dan bagaimana’…. kerana mak tau apa yang mak buat tu perkara yang harus.. dan tidak bercanggah dengan apa yang di suruh atau dilarang oleh agama… “… aku tahu hal tersebut.. aku biarkan mak berceloteh tanpa menerangkan lagi berkenaan hukum usul fiqh yang mengatakan setiap perbuatan itu mubah kecuali datang dalil pengharaman nya atau kewajipannya dari Allah.. dan setiap ibadah itu haram kecuali datang dalil kewajiban atau sunnah nya…

aku gembira berbual dengan mak dalam hal2 tersebut… aku tahu mak juga begitu… kerana disitu lah kemesraan kami anak beranak… aku sayang ibuku…